Me...

Me...

Sunday, 11 December 2011

Sambutan Maulidur Rasul SK Seri Selamat 2011



Para pelajar bersama sepanduk masing-masing dengan tulisan jawi yang menarik dan warna warni. Selain itu mereka juga membaca berselawat yang dapat membaiki sebutan jawi yang dipelajari.
Gambar terbawah menunjukkan sudut tulisan jawi di surau sekolah.
Sambutan Maulidur Rasul ini juga adalah untuk memupuk generasi awal agar mengenali dengan lebih mendalam siapakah Muhammad bin Abdullah dan bagaimanakah perjuangan baginda dalam menyebarkan Agama Islam sehingga sampai kepada kita pada hari ini.
Kita sesungguhnya harus bersyukur kerana perjuangan Nabi dan Rasul kita Muhammad s.a.w  dan para sahabat baginda, maka kita pada hari ini telah menerima Islam dan beriman kepada Allah s.w.t. sesungguhnya baginda adalah contoh terbaik bagi manusia dan sentiasalah kita berselawat kepadanya sebagai tanda kasih sayang kita.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-
  1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
  2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
  3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

No comments:

Post a Comment